BUKU TEKS

Pakej Buku Teks KBSR

Pakej Buku Teks KBSR sebagai bahan utama pembelajaran murid memerlukan kepakaran dalam menulisnya. Penulisan Pakej Buku Teks mestilah menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah yang dapat membantu perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu seperti yang dikehendaki oleh KBSR. Pakej Buku Teks mengandungi bahan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disediakan melalui bahan penulisan.

Komponen bagi Pakej Buku Teks ini adalah seperti berikut:
  1. Buku Teks (BT)
  2. Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)
  3. CD-ROM Murid (MyCD)
  4. CD-ROM Guru (CD Guru) untuk Tahap 1
  5. Buku Panduan Guru (BPG)
  6. Practical Book
Pakej Buku Teks yang disediakan mestilah lengkap dan memenuhi kehendak SP dan HSP serta mampu digunakan oleh murid sebagai bahan utama pembelajaran. Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) membantu memperkukuhkan pembelajaran. MyCD merupakan bahan sokongan kepada buku teks. Buku Panduan Guru (BPG) hendaklah mengandungi maklumat yang boleh membimbing guru dan murid ke arah mencapai hasil pembelajaran yang optimum.


Buku Teks

Buku Teks ialah bahan pembelajaran asas yang utama untuk murid. Bahan ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami, ringkas dan lengkap. Buku teks mengandungi kemahiran dan nilai mengikut SP dan HSP.


Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)

Buku Latihan dan Aktiviti disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman yang telah dipelajari daripada buku teks. Buku Latihan dan Aktiviti mengandungi soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid.


CD-ROM Murid (MyCD)(untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mathematics dan Science sahaja.

CD-ROM Murid (MyCD), yang disediakan adalah bahan multimedia interaktif sokongan kepada buku teks. MyCD mengandungi latihan interaktif yang pelbagai, e-jurnal, e-mel, galeri multimedia, capaian internet dan sebagainya supaya murid dapat memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai Aras Pembelajaran.


CD-ROM Guru (untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics dan Science sahaja.

CD-ROM Guru merupakan bahan rujukan guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teliti dan berkesan. CD-ROM Guru mengandungi strategi pengajaran, aktiviti tambahan, cadangan jawapan yang bersesuaian, bahan-bahan pengajaran dan soalan-soalan fomatif dan sumatif. Buku Panduan Guru hanya disediakan untuk satu mata pelajaran di Tahap 1 (Matematik Tahun 1 kerana CD-ROM Guru dibekalkan di sekolah.)


Buku Panduan Guru (BPG)

Buku Panduan Guru (BPG) ialah bahan sumber untuk guru. Buku ini merupakan panduan untuk guru merancang pengajaran dan pembelajaran apabila buku teks digunakan. Buku ini seharusnya mengandungi maklumat tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, cadangan aktiviti dan cadangan jawapan. Isi kandungan buku ini adalah mengikut urutan kandungan buku teks.


Practical Book

Practical Book disediakan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran Sains dilaksanakan secara amali dan bukapn secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali. Pembelajaran seperti ini dapat menimbulkan minat murid terhadap Sains.

SPESIFIKASI UMUM BUKU TEKS KBSR

Spesifikasi fizikal buku teks merupakan elemen penting yang perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum sesebuah buku mula ditulis. Spesifikasi fizikal buku teks disediakan sebagai salah satu panduan kepada penulis, penerbit dan pencetak dalam menghasilkan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Spesifikasi buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia disediakan berdasarkan keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran. Selain itu penyediaan spesifikasi juga mengambilkira:
  1. Kawalan jumlah halaman – agar sesebuah buku teks itu mempunyai jumlah halaman yang meningkat secara sekata antara tahun-tahun persekolahan.
  2. Mengatasi isu – Contohnya, buku teks yang mempunyai jumlah halaman yang terlalu banyak untuk murid Tahap 1 KBSR akan dibuat dalam bentuk berjilid untuk mengatasi isu beg berat.
Spesifikasi fizikal buku berkait dengan aspek format buku, saiz buku, tipografi, grafik, reka bentuk buku, penggunaan warna, bilangan halaman, jenis kertas, jenis jilidan dan kemasan buku.


Spesifikasi

a) Format

Format pakej buku teks KBSR semuanya berbentuk potret.

b) Saiz

Saiz pakej buku teks seperti jadual di bawah:
Perkara
Buku Teks / Buku Latihan dan Aktiviti
Buku Panduan Guru
Saiz buku
10.00 inci x 7.50 inci
11.690 inci x 8.27 inci


c) Ruang Halaman Teks

Ruang halaman teks pakej buku teks seperti jadual di bawah:
Perkara
Buku Teks / Buku Latihan dan Aktiviti
Buku Panduan Guru
Ruang halaman teks
8.20 inci X 6.00 inci
9.90 inci X 6.70 inci


d) Jumlah Halaman

Halaman sesebuah buku bergantung kepada keperluan mata pelajaran merujuk kepada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran.

d) Tipografi

i. Jenis Huruf

Justeru buku teks yang disediakan menggunakan jenis huruf yang sesuai dengan mata pelajaran dan aliran sekolah berkenaan. Buku yang ditulis dalam B. Melayu dan B. Inggeris menggunakan jenis huruf roman tak serif untuk memudahkan kebolehbacaan.
Perkara
Jenis Huruf
Buku dalam B. Melayu dan B. Inggeris
Roman tak serif
Buku dalam B. Cina
Simplified Character kai Su dan Roman tak Serif
Buku dalam B. Tamil
Tamil Character dan Roman tak Serif
Buku menggunakan B. Arab/tulisan Arab
Arabic Character
Buku Pendidikan Islam
Jawi Khat Nasakh dan Roman


ii. Saiz Huruf Teks Kandungan

Saiz teks huruf untuk kandungan buku teks sekolah rendah lebih besar daripada sekolah menengah.
Tahun Persekolahan
Buku dalam B. Melayu dan B. Inggeris
Buku dalam B. Cina
Buku dalam B.Tamil
Buku dalam B. Arab/Jawi
Tahun 1
18 poin
44 jie/31 poin
18 poin
28 poin
Tahun 2
18 poin
38 jie/26 poin
18 poin
28 poin
Tahun 3
16 poin
32 jie/22 poin
16 poin
24 poin
Tahun 4
14 poin
32 jie/22 poin
14 poin
24 poin
Tahun 5
14 poin
28 jie/20 poin
14 poin
20 poin
Tahun 6
13 poin
28 jie/20 poin
13 poin
20 poin


iii. Saiz huruf kapsyen

Saiz huruf kapsyen buku teks dibuat lebih kecil daripada saiz teks kandungan bertujuan membezakan teks kapyen dengan teks kandungan.
Tahun Persekolahan
Buku dalam B. Melayu dan B. Inggeris
Buku dalam B. Cina
Buku dalam B.Tamil
Buku dalam B. Arab/Jawi
Tahun 1 hingga Tahun 6
1 atau 2 poin kurang daripada saiz huruf teks
4 hingga 8 jie kurang daripada saiz huruf teks
1 atau 2 poin kurang daripada saiz huruf teks
2 hingga 4 poin kurang daripada saiz huruf teks


iv. Saiz huruf paparan

Saiz huruf paparan yang digunakan bagi semua komponen pakej buku teks KBSR tidak melebihi 72 poin.

v. Jarak antara baris merujuk kepada ruang antara baris-baris ayat :
Tahun Persekolahan
Buku dalam B. Melayu dan B. Inggeris
Buku dalam B. Cina
Buku dalam B.Tamil
Buku dalam B. Arab/Jawi
Tahun 1 hingga Tahun 6
2 poin
2 poin
2 poin
2 hingga 4 poin


f. Bahagian Awalan

Secara umumnya bahagian awalan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai halaman-halaman berikut:
i.            Halaman Judul
·            Judul buku
·            Nama penulis/penyusun/penterjemah
·            Nama editor
·            Nama illustrator
·            Nama pereka bentuk
·            Logo dan nama penerbit
·            Tahun terbitan
·            Perkataan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ii.            Halaman hak cipta
·            Cap nombor siri perakuan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia
·            Nombor ISBN (International Standard Book Number)
·            Tahun Terbitan pertama
·            Simbol Hak Cipta
·            Maklumat Hak Cipta
·            Nama dan alamat penerbit yang lengkap
·            Nama pengatur huruf
·            Maklumat jenis dan saiz muka taip
·            Nama dan alamat pencetak
iii.            Halaman penghargaan
Mengandungi teks penghargaan kepada pemilik hak cipta bahan dalam buku atau pihak yang memberi sumbangan kepada penerbitan buku berkenaan.
iv.            Halaman kandungan
Mengandungi senarai kandungan buku berkenaan mengikut turutan dimulai bahagian awalan, kandungan dan akhiran berserta rujukan halaman.
v.            Halaman kata pengantar
Mengandungi teks Kata Pengantar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
vi.            Halaman pendahuluan
Mengandungi maklumat tentang tujuan penerbitan, latar belakang penerbitan dan penekanan penting dalam penggunaan buku berkenaan


g) Bahagian Akhiran

Lazimnya buku teks KBSR tidak disertakan dengan bahagian akhiran kerana tidak sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah.

h) Penggunaan Warna Dalam Cetakan

Lazimnya buku teks KBSR menggunakan cetakan 4 warna untuk memudahkan penyampaian kandungan dan menarik minat murid terhadap buku teks. Cetakan hitam putih digunakan untuk buku latihan dan aktiviti dan buku panduan guru. Lazimnya kulit buku pakej buku teks KBSR menggunakan cetakan 4 warna.

i) Kertas Teks dan Kulit Buku

Pemilihan jenis kertas untuk teks kandungan dan kulit buku berbeza antara komponen buku. Buku teks dan buku Panduan guru menggunakan kertas teks yang berbeza dengan buku latihan dan aktiviti, ini kerana buku latihan dan aktiviti hanya digunakan selama setahun berbeza dengan buku teks dan buku panduan guru yang digunakan selagi buku teks baru tidak disediakan. Jenis kertas kandungan buku teks lebih tebal bertujuan memastikan serapan dakwat tidak meresap ke halaman belakang hingga menyukarkan pelajar membaca buku tersebut. Kertas kulit buku teks yang lebih tebal bertujuan memastikan buku teks terpelihara. Jenis kertas teks dan kulit buku yang digunakan :
Perkara
Buku Teks
Buku Latihan dan Aktiviti
Buku Panduan Guru
Jenis kertas teks
Woodfree/simili 70 gsm
Woodfree/simili 60 gsm
Woodfree/simili 70 gsm
Jenis kertas kulit
Kad Art 230 gsm One side coated
Kad Art 210 gsm One side coated
Kad Art 230 gsm One side coated

j) Jenis Jilidan

Terdapat dua jenis jilidan yang digunakan iaitu jahit benang dan lock bind.

k) Kemasan Kulit Buku

Kemasan kulit buku penting untuk memanjangkan jangka hayat buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemasan dengan ultra varnish akan menjadikan kulit sesebuah buku itu lebih tahan lama, kalis air dan cantik. Buku latihan dan aktiviti tidak ada kemasan kulit kerana buku ini hanya digunakan selama setahun oleh seseorang pelajar.
Jenis Buku
Kemasan
Buku Teks
Ultra Varnish
Buku Latihan dan Aktiviti
Tiada kemasan
Buku Panduan Guru
Ultra Varnish


*** Spesifikasi sesebuah buku teks yang lengkap dan terperinci boleh didapati daripada Bahagian Buku Teks




PROSES PENERBITAN BUKU TEKS

Setiap buku teks telah melalui beberapa peringkat proses penerbitan dalam penghasilannya. Peringkat-peringkat dalam proses penerbitan buku teks dijelaskan seperti berikut:


Manuskrip

Bahan bertulis yang telah disediakan oleh penulis. Manuskrip mengandungi perkara-perkara berikut:
  1. Teks yang lengkap, mantap dan sempurna.
  2. Cadangan bahan grafik yang telah disusun secara berurutan serta lengkap, mantap, sempurna dan menepati spesifikasi buku.
  3. Brif bahan grafik yang lengkap, mantap dan jelas.
  4. Plot bahan grafik, mantap dan jelas.
  5. Keselarasan dari segi bentuk, format, tajuk utama, tajuk kecil dan sub tajuk, penggunaan ikon, flag post, anekdot, penyendal dan bahan tambahan.


Pruf Muka Surat

Bahan yang telah diatur huruf dan direka letak serta dipersembahkan bersama bahan grafik seperti halaman sebenar buku.
  1. Teks yang diatur huruf lengkap, mantap dan sempurna.
  2. Bahan yang telah disusun dengan reka bentuk yang lengkap, mantap dan sempurna serta menepati spesifikasi buku.
  3. Bahan grafik dalam hitam putih yang lengkap, mantap dan jelas.
  4. Gambar foto yang lengkap, mantap dan jelas.
  5. Keseluruhan dari segi bentuk dan format, tajuk utama, tajuk kecil dan sub tajuk, penggunaan ikon, flag post, penyendal dan bahan tambahan (jika ada).


Naskhah Sedia Kamera

Naskhah Sedia Kamera (NSK) ialah pruf muka surat yang telah diatur huruf dan dipersembahkan dalam reka bentuk dan teka letak halaman yang lengkap serta sedia untuk difilem. Ciri-ciri NSK adalah seperti berikut:
  1. Teks yang lengkap, mantap dan sempurna.
  2. Bahan grafik (hitam putih dan berwarna) yang jelas, tepat dan berkualiti.
  3. Gambar foto (hitam putih dan berwarna) yang jelas, tepat dan berkualiti.
  4. Bahan teks dan grafik telah disusun dengan reka bentuk dan reka letak halaman yang sempurna serta menepati spesifikasi.
  5. Tidak mengandungi sebarang kesilapan dari aspek kandungan dan teknikal penerbitan.
  6. Naskhah Sedia Kamera perlu mempunyai crop mark.


Filem

Filem adalah proses pemisahan warna yang dilakukan sebelum cetakan pruf warna dibuat. Penerbit bertanggungjawab menentukan aspek berikut:
  1. Kedudukan kuras dan halaman berwarna dan hitam putih.
  2. Filem yang berkualiti dan tidak terdapat sebarang kecacatan atas permukaan filem.
  3. Tiada teks atau bahan grafik yang tertinggal.
  4. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.
  5. Kualiti cetakan filem dan kemasan menepati spesifikasi.
Nota:
Mesin cetak yang menggunakan teknologi computer-to-plate atau computer-to-print tidak melalui proses penyediaan filem.




Pruf Warna

Pruf Warna merupakan hasil (output) daripada filem yang telah dipisahkan warna. Ia merupakan peringkat akhir sebelum percetakan dibuat. Sebarang pembetulan pada peringkat ini perlu dielakkan. Kaedah penyediaan pruf warna berdasarkan perkara berikut:
  1. Menggunakan kertas simili/wordfree 70gsm untuk buku teks dan Art Card 320gsm untuk kulit buku.
  2. Pruf warna yang disediakan secara camera-to-plate (CTP), cetakan hendaklah menggunakan machine proof.
  3. Pruf warna disediakan dalam bentuk empat warna bagi kulit buku dan empat warna atau dua warna bagi halaman yang berkaitan.
  4. Pruf warna perlu mengandungi crop mark.
  5. Pruf warna perlulah mencapai kualiti percetakan yang baik dan elakkan kelemahan seperti tidak jelas, kabur, kotor dan teks pecah.


Naskhah Contoh

Naskhah Contoh (NC) ialah bahan terbitan yang telah dicetak menjadi buku sebenar. Penerbit perlu memperoleh kelulusan naskhah contoh sebelum mencetak naskhah edar yang akan dibekalkan ke sekolah-sekolah. Perkara berikut perlu diambilkira iaitu:
  1. Disediakan seperti naskhah sedia kamera dan pruf warna yang diluluskan.
  2. Kemasan repang.
  3. Registration warna betul dan tepat.
  4. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.
  5. Jenis dan kualiti kertas menepati spesifikasi dan mempunyai keseragaman warna asas bagi keseluruhan buku.
  6. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.
  7. Kualiti cetakan kulit dan kemasan menepati spesifikasi.
Cetakan dan Penjilidan

Proses penjilidan dilakukan apabila semua kuras halaman buku selesai dicetak. Perkara yang perlu dipatuhi ketika proses penjilidan iaitu:
  1. Susunan kertas betul (Gathering).
  2. Jenis jilidan yang digunakan (jilid perekat, jahit benang, perfect binding, pin dan lock binding).
  3. Kekemasan jilidan (Trimming.
  4. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.


Naskhah Edar

Naskhah Edar (NE) ialah bahan terbitan yang telah dicetak dan sedia untuk diedarkan. Jumlah cetakan dibuat mengikut pesanan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara-perkara yang perlu diambilkira:
  1. Disediakan seperti naskhah contoh yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Kemasan repang.
  3. Registration warna betul dan tepat.
  4. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.
  5. Jenis dan kualiti kertas menepati spesifikasi dan mempunyai keseragaman warna asas bagi keseluruhan buku.
  6. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.